Pengenalan

belajar menjahit.net, bermula dengan sebuah kedai menjahit pakaian, serta mengambil tempahan pelbagai fesyen pakaian lelaki, wanita dan langsir. Setelah setahun beroperasi, kedai jahitan pakaian ini telah dinaik tarafkan menjadi bengkel menjahit pakaian dan mula menjahit pelbagai jenis uniform termasuk uniform untuk badan – badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Tiga tahun beroperasi sebagai bengkel menjahit pakaian, ia telah dinaikkan taraf lagi menjadi pusat latihan di bidang jahitan. Pusat latihan jahitan ini telah di tauliahkan sebagai Pusat Latihan Bertauliah dari MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL MALAYSIA (MLVK) dan KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

belajar menjahit.net ditubuhkan bagi memenuhi permintaan ramai wanita yang berminat untuk belajar menjahit pakaian tetapi tidak dapat ke kelas jahitan kerana faktor masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Di zaman yang serba canggih ini, belajar menjahit.net dapat menunaikan permintaan anda yang begitu selesa untuk belajar dari rumah. Di kelas maya belajar menjahit.net, anda dapat belajar menjahit pada bila-bila masa 24 jam, 7 hari seminggu, hanya dari rumah.

Perancangan pembelajaran yang unik menggabungkan merajah, membuat pola, memotong pakaian dan menjahit pakaian dengan penerangan menggunakan video serta disusuli bersama nota untuk memudahkan lagi proses pembelajaran. Cara menjahit dan memotong secara praktikal ditunjukkan melalui video. Ini membolehkan anda mengikuti kelas maya ini walaupun anda tidak pernah menjahit sebelum ini.